Saturday, November 27, 2010

Surah Al-Mulk


















(dsbbkn mslh teknikal imej hanya menunjukkan hingga ayat ke 4 shj)

Fadilat Surah Al-Mulk

Surah ke-67
Diturunkan di Mekah
30 ayat


1. Dari Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Al-Mulk dan As-Sajdah (HR At-Tirmizi).





2. An Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.
3. Anas r.a pula meriwayatkan, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatu Qadar.

Thursday, September 30, 2010

azan...allahu akhbar..





Assalamualaikum wbt

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . PerbeZaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belum pun alunan Azan di Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .Berikutnya di Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Seterusnya azan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbezaan waktu di bandar2 Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq . Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus. Allahu Akhbar..

BISMILLAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu ,

Mukjizat dibalik BISMILLAH :

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KEISTIMEWAAN BISMILLAH

1. Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya karena BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, apabila BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit akan menjadi obat untuknya dan apabila BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulai sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.ALMuddatsir: 30).Ibnu Mas'ud berkata: 'Barang siapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH niscaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda RasulAllah SAW , 'Sampaikan pada orang lain walaupun cuma satu ilmu , dan bila orang yang disampaikan itu mengamalkannya maka dia akan memperoleh pahala walaupun sudah tiada......amin '


Wassalam'

Wednesday, September 29, 2010

cara mendapat khusyuk dlm solat

1. Makan dulu jika lapar.
2. Bukan dlm keadaan mengantuk
3. Tidak menahan kencing, kentut dan buang air besar
4. Pakaian sempurna dan suci
5. Tempat solat bersih
6. Persekitaran tidak bising
7. Tidak tergesa-gesa
8. Tidak melihat kiri dan kanan
9. Memahami bacaan dalam solat
10. Melihat tempat sujud
11. Tidak menguap
12. Rapat dan lurus dlm saf
13. Rukuk dan sujud dalam tenang
14. Dilarang menggantung gambar di tempat solat

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.

Wednesday, April 28, 2010

SIFAT2 WANITA YG DISUKAI SUAMI

kemarin sempat lar jgk read this book..i borrow it from library..actually xde niat pn nk pinjam tp mls nk letak blk kt rak so aku pnjam trus..dh 2 ari dh pnjam br smlm dpt bc.menarik jgk content buku ni..its suitable for wives..yg bujang pn sesuai..bknnye ape its for preparation before get married kn.

1.Keanak-anakan
-Its not keanak-anakan yg menyakitkn ati tau..yg dimksdkn ni yg menyenangkn n mghiburkan.

2.Memahami
-Si isteri should have ability to understand her husband..for example lar klu si husband ni ade bt silap jgn lar main tuduh2 je kn..kena bincang elok2..dl aku pn mcm ni..hehe..almaklumlar br kawin kn..bknnye biasa..lm2 tu trpikir sendiri..xbaik main tuduh2..kesian husband..

3.Menghargai
-Suami ni sk dipuji, dihargai n diberi kepercayaan. Bl isteri mghargai suami, ni yg btkn suami rasa bangga ngan sifat gentleman n kewibawaan dia.

4.Jaga penampilan
-Wanita yg mnjaga penampilan menunjukkan dia mghargai dirinya..lelaki sk pd wanita yg sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas n menarik.

5.Pandai berbicara
-Wanita yg pndi berkomunikasi ni bleh attract lelaki for borak2..sbbnye wanita yg terer berkomunikasi bleh bg respon n good opinion..lelaki jgk sk wanita yg pndi bergurau n open minded..tp jgn lar trlalu open plak kn..perlu ade batas2nye.

6.Menghormati diri sendiri

7.Simpati n murah hati

8.Pandai bergaul

9.Manis wajah
-Senyum itu 1 sedekah..senyum bleh jd tali pengikat untuk kukuhkn cinta n kasih sayang between husband n wife.

10.Tak menyinggung perasaan


11.Meringankn beban
-Bl dh kawin ni kite kena lar give n take..xbleh trlalu berkire..bl suami ssh kite tlg dia..bl kite ssh suami tlg kite plak..masing2 jgn lar selfish ye..hah..tp suami kena igt harta isteri tak bleh diambil without her permission..n isteri plak kena jg harta suami.

Monday, April 26, 2010

finale

toink..toink..

ptg td pas class smpat gak tgk jadual final..uish..final just around the corner..17hb ni start..xlm lg dh..last paper 25hb..mcm nk giler plak kn td..mn x nye stiap ari ade paper except weekend lar..rsnye 24/7 non stop study..cmne nih..makin ari makin malas.."ya allah pulihkn lar smangat belajar ku ini.."
tular last minute prepareration..hope pointer naik this sem..risau nye..dhlar bnyk subjek brhantu sem ni..giler kentang arr..

Tuesday, April 20, 2010

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Monday, April 19, 2010

dialog dengan gadis melayu atheist






"kenapa saya perlu sembah allah..saya takkan menyembah tuhan yang saya tak nampak, buktikan allah itu ada..kenapa allah, tidak tuhan lain.."

hah..giler punye soalan kn..mcm mn nk jwb tuh..???
ni yg btkan mamat ni rs mcm nk kena sambar petir je kn..soalan2 ni dikemukakan (cehwah...1 perkataan yg skema) oleh seorg gadis melayu atheist..

nk tau cmne mamat ni jwb sume tuh jom beli novel SYAHADAH GADIS ATEIS..novel ni mmg best..pd satuhala thanks bnyk2 sbb perkenalkn novel ni.