Monday, January 9, 2012

10 CARA UNTUK DAPAT TIDUR YANG LENA






  1. Tidur bila betul-betul mengantuk sahaja.
  2. Jangan membaca atau menonton TV atas katil. Menurut Dr. Alex Clerk, ketua jabatan Stanford Sleep Disorder Clinic di Palo Alto, kedua-dua aktiviti tersebut adalah "walking activity".
  3. Ambil masa untuk berehat sebelum tidur. 90 minit sebelum tidur jangan melakukan aktiviti yang aktif atau terlalu banyak berfikir.
  4. Relaks. Lakukan aktiviti pernafasan dan cuba untuk merehatkan otot-otot utama. Bermula daripada ibu jari kaki dan berakhir ke bahagian dahi.
  5. Sekiranya anda tidak dapat tidur selepas 15 hingga 20 minit anda naik ke atas katil, bangun dan lakukan aktiviti ringan seperti minum segelas susu.
  6. Biarkan bilik dalam keadaan nyaman.
  7. Jangan bersenam 3 jam sebelum tidur. Bersenam di waktu pagi dan petang sahaja.
  8. Jangan makan banyak. Makan sekurang-kurangnya 2 tau 3 jam sebelum tidur supaya makanan boleh dihadam terlebih dahulu.
  9. Elak mengambil kafein, alkohol atau merokok 2 atau 3 jam sebelum tidur.
  10. Dengar muzik yang menyenangkan. Bagi yang beragama Islam elok lah berzikir.

No comments:

Post a Comment